Minggu, 04 Maret 2012


Keistimewaan dan kemuliaan nabi Muhammad SAW
oleh Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani,

Di dalam Kitab “Muhammad s. a. w. Insanul Kamil”, karangan Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani, ada menyatakan beberapa perkara mengenai kemulian dan keistimewaan Nabi Muhammad yang diutuskan sebagai rasul yang terakhir yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebahagian dunia dan akhirat, iantaranya ialah:

1. Muhammad Rasulullah s. a. w. adalah manusia pertama yang diciptakan     Allah swt iaitu ketika Nabi Adam a.s masih dalam keadaan antara roh dan jasadnya ( dari hadith riwayat Tirmizi).

2. Allah telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adam hinggalah Nabi Isa a.s terikat dengan janji bahawa mereka akan beriman dan seterusnya membela atau membantu Rasulullah s. a. w. Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. ( Surah Ibrahim : 81).

3. Silsilah atau asal-usul keturunan baginda s.a.w. bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah Abdullah bin Abdul Mutalib tidak terdapat seorang pun di antara mereka yang pernah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. (dari hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan lain-lain).

4. Pada saat kelahiran baginda s. a. w., bondanya melihat cahaya memancar menerangi istana-istana megah di Syam (diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal).

5. Pada saat baginda SAW sedang berjalan di tengah terik panas matahari, terdapat gumpalan awan memayunginya. (diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain).

6. Pernah terjadi ketika mana baginda s.a.w. sedang berjalan dan hendak berteduh di bawah sepohon pokok, pokok itulah yang bergerak mendekati baginda. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi )

7. Ketika baginda SAW masih kanak-kanak, ketika baginda sedang bermain-main datanglah Malaikat membelah dadanya dan mensucikan hatinya. ( diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain)

8. Pada waktu Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’, Jibril a.s memeluk Baginda sebanyak 3 kali. ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

9. Allah s. w. t. memberi nama ‘Muhammad’ kepada baginda yang berasal dari perkataan ‘hamada’ (puji). Ianya merupakan kata akar bagi salah satu sifat Allah iaitu ‘Mahmud’ (Maha Terpuji). Sebelum itu tidak ada seorang pun yang bernama seperti baginda s. a. w. ( diriwayatkan oleh Muslim )

10. Baginda s. a. w. sering lapar di malam hari kerana tidak mempunyai makanan , namun keesokan harinya baginda akan berasa kenyang. Allah swt jua yang dengan kekuasaan ghaibnya memberi ‘makan-minum’ kepada baginda s.a. w. hinggakan baginda tidak berasa lapar atau haus ( diriwayatkan oleh Muslim).

11. Baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu yang dibelakangnya dengan jelas seolah-olah baginda melihat dari arah hadapannya. ( diriwayatkan oleh Muslim).

12. Di waktu malam yang gelap-gelita, baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu dengan jelas dan terang seolah-olah seperti baginda sedang melihatnya di waktu siang (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi ).

13. Ludah baginda s. a. w. dapat menjadikan air laut yang masin menjadi tawar (diriwayatkan oleh Abu Naim).

14. Suara baginda s. a. w. dapat didengari oleh orang yang berada pada jarak yang kebiasaannya susah untuk mendengar. ( diriwayatkan oleh Bukhari).

15. Baginda s. a. w. hanya tidur dengan mata, sedangkan hatinya tetap tidak tidur. ( diriwayatkan oleh Bukhari ).


16. Baginda s. a. w. tidak pernah menguap. (diriwayatkan oleh Abu Syaibah dan lain-lain. Dikemukakan juga oleh Al-Khatabiy ).

17. Selama hidup baginda s. a. w. tidak pernah ihtilam (mimpi syahwat) sama seperti para Nabi dan Rasul sebelumnya. ( diriwayatkan oleh Tabrani).

18. Peluh (Keringat) baginda sama-sekali tidak berbau. ( diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain ).

19. Apabila Baginda s. a. w. berjalan di samping orang bertubuh tinggi, baginda nampak lebih tinggi. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).

20. Allah s. w. t. telah memperjalankan Baginda pada malam hari dari Masjidul Haram di Mekah ke Masjidul Aqsa di Palestin. Firman allah di dalam al-Quran: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah Al-Israa’ : 1)

21. Allah s. w. t. telah menurunkan Malaikat bagi membantu baginda semasa peperangan Badar dan peperangan Hunain. Firman Allah: ‘Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mu’min: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?” (Surah Al-Imran : 123-124 )
Sebagai umat Muhammad s.a.w. kita perlu mengingati dan mencintai Rasul kita s.a.w. dengan suatu penghayatan yang sebenarnya, atau dengan kata lain wajib dihayati oleh setiap orang yang beriman sepanjang masa, tidak hanya pada waktu-waktu tertentu atau musim-musim tertentu seperti mengingati Baginda s.a.w. hanya di bulan Rabiul Awal ini saja. Cuma yang lebihnya memperingati Baginda s.a.w. di bulan Maulid ini adalah lebih khusus kerana Baginda mengikut riwayat yang paling mashyur dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diambil dari Qatadah yang bermaksud;”Bahasanya Rasulullah s.a.w., apabila ditanya mengenai puasa pada hari isnin, maka Baginda bersabda : itulah hari dimana aku dilahirkan dan hari mula turun wahyu kepada ku” H.R.Muslim
Di dalam keadaan dan suasana manusia yang sedang hanyut dan tenggelam di dalam arus jahiliyah, manusia yang sedang berada di julang api neraka, di saat manusia membunuh sesama sendiri, di kala manusia lupa Tuhan yang sebenarnya dengan menyembah berhala, tidak mengenali hakikat agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan menyeleweng daripada ajaran yang sebenarnya.
Di tengah-tengah keadaan inilah, maka lahirlah sinaran dan cahaya islam yang dibawa oleh seorang pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran yang suci ini telah dibawa oleh seorang pesuruh Allah yang terpilih ini, semuanya bersumberkan kepada wahyunya daripada Allah s.w.t. yang bertujuan untuk menyelamatkan manusia dengan mengajak mereka beribadat kepada Allah semata-mata dan menjauhi diri dari ajaran yang salah dan sesat.
Jelas sekali, sumbangan Baginda dalam mengangkat dan meningkatkan peradaban manusia cukup besar dan bermakna. Oleh itu, kedatangan bulan ini perlu disambut setiap umat Islam dengan penuh kesyukuran kerana dalam bulan inilah lahir seorang pemimpin unggul, agung dan berwibawa yang mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kehidupan lebih cemerlang, bahagia dan berjaya. Allah berfirman yang berbunyi:Maksud: “Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).
Perjuangan Baginda s. a. w. dalam usaha menegakkan Islam di muka bumi ini, dipenuhi peristiwa pahit dan getir. Baginda terpaksa menempuh pelbagai ancaman dan halangan, menghadapi pelbagai kesengsaraan, penderitaan, penindasan dan sebagainya. Baginda diutus Allah menjadi Rasul ketika berumur 40
tahun. Pelantikan Baginda sebagai Rasul membolehkan Baginda menyebarkan dakwah dan mengajak umatnya ke jalan lurus. Kesungguhan Baginda akhirnya berjaya membawa masyarakat Arab ke jalan benar dan diridloi Allah.
Justru itu, pada hari ini, marilah kita umat Islam bergandeng bahu dan merapatkan jurang untuk sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan menghayati ajaran dan sunah Rasulullah. Sesungguhnya, kedatangan Rabiulawal tahun ini, diharap dapat menyelesaikan kemelut yang menimpa umat Islam ketika ini, sekaligus membawa semangat baru kepada perjuangan menegakkan Islam.


logo.jpg









                                                                                                              MAJELIS DZIKIR AHBABUR RASUL SAW

Wanita Bahan Bakar Neraka


Wanita  Bahan Bakar Neraka

SIKAP SEORANG MUKMINAH TERHADAP PERINTAH ALLAH DAN RASUL-NYA 
 “Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menetapkan aturan hukum di antara mereka ialah ucapan "Kami mendengar, dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan” (QS An Nuur 51 – 52)  

“Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata”  (QS Al Ahzab 36)


AYAT-AYAT AL QUR’AN DAN HADITS RASULULLAH TENTANG HIJAB
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Al Ahzab 59)

 *  Jilbab menurut pengertian bahasa dan syari’ah  ialah : “sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada”  
  “Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya” (QS An Nuur 31)



PENJELASAN TENTANG ARTI :   “ yang biasa nampak dari padanya”
  1. Suatu ketika Al Fadhl Bin Abbas membonceng Rasulullah e,  tiba-tiba datang seorang wanita dari kabilah Khots’am, ia pun menoleh dan menatap wajah wanita itu, wanita itu pun demikian. Lalu Rasulullah e memalingkan muka Al Fadhl ke arah yang lain (HR Al Bukhari)
  2. Dari Aisyah Radhiyallohu ‘anha bahwa Asma Binti Abu Bakar (adik Aisyah) masuk rumah Rasulullah e sedangkan ia memakai baju tipis, maka Rasulullah melarangnya seraya berkata : “Wahai Asma’, sesungguhnya bila seorang wanita telah haidh maka ia dilarang memperlihatkan anggota badannya kecuali ini dan ini, sambil menunjuk wajah dan kedua telapak tangannya” (HR Abu Dawud dan dinyatakan Shahih oleh Syaikh Nashiruddin Al Albani)        

 LARANGAN BAGI ISTRI UNTUK MEMASUKKAN TAMU KETIKA SUAMINYA TIDAK ADA DI RUMAH
 “Sebab itu maka wanita yang shalihah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada”. (QS An Nisa’ 34)

NILAI KETAATAN ISTRI KEPADA SUAMI
 “Apabila seorang wanita menegakkan sholat lima waktu, berpuasa dengan sungguh-sungguh di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana pun yang ia mau”  (Shahih Riwayat Ibnu Hibban)

WANITA ADALAH MAYORITAS PENGHUNI NERAKA
Dari Abi Said Al Khudzri beliau berkata : “Suatu hari Rasulullah sedang berangkat ke tempat sholat Ied Al Adha (atau Fithri), beliau melewati sekelompok wanita, Lalu beliau bersabda : “Wahai kaum wanita bershodaqohlah kalian,  karena Allah perlihatkan kepadaku bahwa kalian adalah penghuni neraka yang paling banyak”. Salah seorang di antara mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapakah kebanyakan dari kami menjadi mayoritas penghuni neraka?" Beliau menjawab, "(Karena) kalian sering melaknat dan mengingkari (kebaikan) suami, dan tidaklah aku pernah melihat (seorang) di antara kalian para wanita yang lemah akal serta agamanya, lebih berakal dari (seorang laki- laki) yang berakal". Wanita itu bertanya lagi, "Apa maksud dari kurangnya akal dan agama?" Beliau pun menjawab, "Adapun kelemahan akal. Karena persaksian dua orang wanita sebanding dengan persaksian seorang laki-laki. Inilah (tanda) kurangnya akal, serta kalian berdiam selama beberapa hari tidak melaksanakan shalat, serta berbuka di (siang hari) Ramadhan. Inilah (indikasi) kurangnya agama.“ (HR Bukhari & Muslim)

ANCAMAN ALLAH BAGI MEREKA YANG “BERPAKAIAN TAPI TELANJANG”

Rasulullah bersabda : “Ada dua golongan penduduk neraka yang aku belum pernah melihat mereka. Sekelompok orang yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk mencambuk manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi (sebenarnya mereka) telanjang, mereka telah melanggar (larangan Allah) dan menyebabkan orang lain menyimpang, kepala mereka seperti punuk unta yang sempoyongan, mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium bau surga sedangkan bau surga bisa tercium dari jarak sekian-sekian” (HR Muslim)
 Dalam riwayat lain disebutkan “dari jarak limaratus tahun perjalanan”
 Imam Nawawi menjelaskan bahwa makna “berpakaian tetapi telanjang” adalah : “menutupi sebagian badannya tetapi menampakkan bagian yang lain dengan tujuan menonjolkan dan mempertontonkan kecantikannya atau sejenisnya”  (Riyadhus Shalihin 581 -582)

LARANGAN TASYABBUH (MENIRU-NIRU) DALAM BERPAKAIAN DAN BERPERILAKU  
Rasulullah  melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki  (HR. Hakim, Abu Dawud Nasa’i & Ibnu Majah, dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)
  1. Rasulullah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki(HR Bukhari)
  2. Ada tiga kelompok manusia yang tidak akan masuk surga : orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, Duyyuts (suami yang membiarkan istrinya melanggar larangan Allah dan Rasul-Nya), laki-laki yang menyerupai wanita” (Shahih riwayat Al Hakim, dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)
  3. “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk bagian dari mereka”. (HR Abu Dawud, dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)
KESIMPULAN TENTANG HIJAB  MUSLIMAH SHALIHAH
  1. Pakaian yang menutup seluruh tubuh wanita selain wajah dan telapak tangan
  2. Longgar, tidak menonjolkan lekuk-lekuk tubuh dan menjulur ke bawah hingga menutupi dada
  3. Tidak mencolok dan “ngejreng
  4. Bukan pakaian khas laki-laki atau pakaian khas agama lain
  5. Tidak tabarruj, dandanan tidak menor, tidak lemah gemulai ketika berbicara di hadapan yang bukan mahramnya       
             






Majelis Dzikir Ahbabur Rasul SAW